Terowong yang digunakan oleh banduan untuk melarikan diri dari Penjara Gilboa di Israel. - Facebook (Qud News Network)

TEBING GAZA – Imej Israel terjejas berikutan beberpa banduan bolos dari penjara yang dikawal ketat di negara itu, kata kumpulan Hamas.

Pada Isnin lalu, enam warga melarikan diri dari Penjara Gilboa di utara Israel menerusi terowong, namun empat daripada mereka ditangkap semula menerusi operasi memburu banduan yang terlepas itu.

Penangkapan empat banduan itu ‘merupakan pusingan pertama pada konflik pencorobohan Israel yang tidak berakhir,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam kenyataan.

“Pada pusingan ini ia merupakan daya penggerak penduduk Palestin di Tebing Barat untuk terus menentang dan memberontak terhadap pencerobohan,” tambah Barhoum.

Jurucakap Hamas itu berkata, tindakan banduan melarikan diri itu ‘telah menghidupkan kembali harapan kebebasan dalam kalangan penduduk Palestin’.

Tindakan itu disifatkan sebagai ‘kemenagan besar’ oleh penduduk Palestin manakala Israel menyatakan ia sebagai kegagalan keselamatan dan perisikan. – Agensi