KUALA LUMPUR – Malaysia kini telah mencapai 73.4 peratus atau 17,177,911 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, daripada jumlah itu 21,372,276 individu atau 91.3 peratus pula telah menerima dos pertama.

Data terbaharu yang dikongsikan menunjukkan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan Februari lalu adalah 38,488,051 dos.

Dalam pada itu, 65.4 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat dos pertama manakala 52.6 peratus berjaya melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Lembah Klang kini merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 101.3 peratus atau 6,241,367 orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.

Ia diikuti Labuan dengan 95.9 peratus, Sarawak 88.3 peratus, dan Negeri Sembilan 87.9 peratus.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula merekodkan sebanyak 227,476 dos dengan 151,130 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 76,346 adalah dos pertama. – MalaysiaGazette