Sebanyak 4,970 kes sembuh Covid-19 direkodkan hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24,813 kes sembuh Covid-19 direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menjadikan kes kumulatif pesakit sembuh dalam negara sejak hari pertama pandemik sebanyak 1,746,526 atau 87.5 peratus.

Malah angka itu lebih tinggi berbanding kes harian yang dilaporkan hari ini sebanyak 16,073 kes, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, jumlah pesakit yang memerlukan pemerhatian di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 1,312 kes manakala 345 lagi adalah kes suspected, probable dan kes dalam siasatan.

“Manakala kadar memerlukan bantuan alat pernafasan adalah sebanyak 698 kes yang mana 444  adalah Covid-19 sementara 254 adalah berstatus suspected, probable dan kes dalam siasatan,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

16,073 jangkitan baharu Covid-19 hari ini, Selangor rekod bawah 2,000 kes

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast