Foto Facebook Syed Saddiq.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan jumlah menteri dan timbalan menteri pada sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini.

Bekas menteri Kabinet itu berkata, sebahagian besar kerusi blok kerajaan terutama yang menempatkan menteri dan timbalan menteri didapati kosong ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja hari ini.

“Ketika Anwar berucap, dewan kosong. Mana menteri dan timbalan menteri?

“Ini masa terbaik untuk berbahas mencari jalan penyelesaian bersama untuk rakyat. Kami dibayar gaji yang mewah untuk hadir ke Parlimen, bukan ponteng,” tulisnya di hantaran Facebook miliknya malam ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. SIAPA LAGI NAK DENGAR ANWAR MUNAFIK berucap…..hanya yang setia,,,nanti jadi sangkar BEROK mcm yg lepas….hari ini pp jelutong buat hal

    Anwar semasa menolak tawaran Muhyiddin sebelum ini berkata, “Tak pernah saya sebut. Tak pernah saya minta. Tak pernah saya fikir pun munasabah untuk dalam keadaan pandemik, ekonomi yang meleset ini mahu dapat RM40,000, RM50,000 gaji tambahan dan kemudahan setaraf menteri kanan.

    “Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghinaan, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.”…..sadiq berdegar2 serta yang setia MASIH ingin membutuhkan ANWAR kitar semula

  2. Ini masa terbaik untuk berbahas mencari jalan penyelesaian bersama untuk rakyat. Kami dibayar gaji yang mewah untuk hadir ke Parlimen,

    sadiq berdegar BUKTIKAN kamu juga tidak pernah ponteng wpun sesaat….masa 22bulan

Comments are closed.