Gareth Bale. Foto Marca.

MADRID – Pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale sekali lagi terpaksa berehat panjang gara-gara  mengalami kecederaan hamstring.

Portal sukan Sepanyol, Marca melaporkan Bale mengalami kecederaan tersebut pada dalam sesi latihan pada Sabtu lalu.

Sepanjang berada di Madrid, pemain berusia 32 tahun sering dibelenggu masalah kecederaan dan kali ini melibatkan hamstring di kaki kanannya.

Pengurus, Carlo Ancelotti pastinya merasa kehilangan Bale selepas dia sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Bale sekali lagi apatah lagi Real kempunan untuk mendapatkan Kylian Mbappe untuk musim ini selepas dua bidaan mereka ditolak Paris Saints Germain (PSG).

Marca turut menjangkakan bahawa Bale akan terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia pada November ini di mana Wales akan bertemu Belarus dan Belgium.

Semalam, Bale tidak beraksi dalam aksi bertemu Celta Vigo dalam aksi keempat La Liga musim ini.

Namun Madrid tetap beraksi cemerlang dalam aksi tersebut apabila  mencatatkan kemenangan 5-2 ke atas Celta Vigo dengan Benzema melakukan. – Agensi