Azman Mokhtar

KUALA LUMPUR – INCEIF, Universiti Global Kewangan Islam mengumumkan pelantikan Tan Sri Azman Mokhtar sebagai pengerusi lembaga pengarahnya berkuatkuasa 21 Jun lalu.

Beliau mengambil peranan itu daripada Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus yang melepaskan jawatan itu selepas menerajuinya dari 11 Disember 2018.

Azman dilantik dalam Lembaga Pengarah INCEIF pada Disember 2020.

“Bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad itu akan membawa memiliki pengalamannya dalam kewangan, perniagaan dan ekonomi untuk memimpin Lembaga Pengarah INCEIF.

“Beliau memiliki kredibiliti yang diperlukan dalam komuniti perniagaan di Malaysia dan global serta dalam kalangan pemegang taruh INCEIF.

”Sebagai satu-satunya universiti kewangan Islam yang lengkap dengan pentauliahan penuh AACSB International, sebuah persatuan global yang memberikan jaminan kualiti kepada lebih daripada 900 sekolah perniagaan bertauliah di seluruh dunia,
INCEIF berada dalam kedudukan yang baik untuk memupuk bakat bagi memenuhi keperluan industri.

“Saya harap Tan Sri Azman, anggota Lembaga dan semua orang di INCEIF yang terbaik dalam perkembangan universiti ini seterusnya,” kata Nor Shamsiah. – MalaysiaGazette