Ariel Henry

 

PORT-AU-PRINCE – Perdana Menteri Haiti, Ariel Hendry telah dilarang daripada meninggalkan negara ini susulan siasatan pembabitannya dalam pembunuhan Presiden Jovenel Moise.

Pendakwa raya akan mengenakan pertuduhan ke atas Hendry yang telah diminta menjelaskan hubungannya dengan suspek utama pembunuhan, Joseph Felix Badio.

Rekod menunjukkan kedua-dua mereka ini melakukan beberapa panggilan telefon hanya beberapa jam selepas pembunuhan itu, kata pendakwa raya.

Moise dibunuh di rumah pada 7 Julai lalu.

Dia ditembak mati setelah sekumpulan individu bersenjata menyerbu kediaman peribadinya di pinggiran ibu kota Port-au-Prince.

Kematiannya mencetuskan krisis politik, sekali gus memburukkan lagi keadaan bagi negara yang dilanda gempa bumi sebulan lalu.

Pada hari Isnin lal, Henry menghantar surat memecat Ketua Pendakwa Raya, Bed-Ford Claude dengan tuduhan melakukan “kesalahan pentadbiran yang serius” dan mencalonkan pengganti.

Namun, pada hari Selasa, Claude masih berada dalam jabatannya ketika dia meminta hakim yang menyiasat pembunuhan Moise untuk menuduh perdana menteri yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Sumber berkata, bukan kuasa perdana menteri untuk memecat pendakwa raya.

Dalam pada itu, Menteri Kehakiman Haiti telah memerintahkan perlindungan polis tambahan untuk Claude berikutan sejumlah ancaman yang dilaporkan. – BBC