PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang guru berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM36,000 di Jerantut akibat terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai anggota polis berpangkat sarjan bagi membersihkan nama beliau yang didakwa terlibat dalam penggubalan wang haram.

Ketua Bahagian Jabatan Sisasatn Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada 3 September lalu pengadu telah dihubungi syarikat pengendali takaful yang mendakwanya membuat empat tuntutan berhubung kemalangan.

“Pengadu terima panggilan telefon daripada nombor 0113451266 menggunakan nama Natasha Ismail, daripada Etiqa Takaful mengatakan pengadu ada membuat empat tuntutan kemalangan kereta berjumlah RM76,800.

“Pengadu menafikan perkara tersebut kemudian Natasha mengatakan tuntutan tersebut adalah tuntutan palsu dan untuk membersihkan nama pengadu, pengadu perlu serahkan maklumat pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Wazir, perbualan mangsa yang berusia 52 tahun itu kemudiannya disambungkan kepada seorang anggota polis berpangkat sarjan yang mengatakan mangsa terlibat dengan sindiket penukaran wang haram berjumlah RM2.18 juta.

Tambah beliau, selepas mangsa disambungkan kepada ‘Tuan Chong’ dan ‘Puan Yong’ yang mengarahnya untuk membeli kad sim baharu supaya senang dihubungi.

Mangsa diminta supaya memadamkan setiap panggilan yang dilakukannya, ujar beliau.

“Nombor ini juga digunakan untuk buat akaun bank baru di Bank Rakyat. Puan Chong arahkan pengadu untuk unlink akaun dari Bank Islam ke Tabung Haji kerana untuk siasat kemasukkan wang haram,” katanya.

Mohd Wazir berkata, akaun bank tersebut diarahkan menggunakan talian baru selain menggunaka enam digit awal nombor kad pengenalan mangsa sebagai nombor pengenalan peribadi (PIN).

Tambah beliau, pada 15 September mangsa telah pergi ke Bank Islam cawangan Jerantut untuk membuat semakan akaun Tabung Haji dan beliau mendapati wang dalam akaun berjumlah RM20,000 hilang.

“Kemudian pengadu pergi ke Bank Rakyat Jerantut untuk buat semakan akaun di Bank Rakyat dan dapati telah kehilangan wang berjumlah RM16,000.00 dalam akaun semasa dan simpanan, katanya sambil manambah mangsa mmebuat laporan polis setelah sedar beliau tertipu.

Mohd Wazir berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette