Langkawi tourism bubble travel Covid-19 hotel Dah Teluk Nibung
Orang ramai yang berkunjung ke Pulau Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan tersebut tidak melepas peluang untuk melakukan aktiviti riadah di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

LANGKAWI – Meriah dan sibuk. Itu suasana yang dialami Pantai Chenang, di Langkawi hari ini dengan kehadiran pengunjung tempatan atau luar negara.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati pesisir pantai itu kini riuh dengan suara pelancong melakukan riadah selepas ia berubah umpama ‘pantai mati’ sejak penularan Covid-19 awal tahun lalu.

Meskipun begitu, orang ramai masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan sepanjang berada di kawasan tumpuan.

Pulau Langkawi menjadi destinasi tarikan pertama negara yang dibuka dalam projek rintis gelembung pelancongan mulai hari ini.

Orang ramai yang berkunjung ke Pulau Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan tersebut tidak melepas peluang untuk melakukan aktiviti riadah di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Walaupun begitu, kawasan pantai masih dipantau oleh anggota polis.

Turut membuat tinjauan di pantai itu adalah Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.

Pada Mac lalu, Pantai Chenang telah dipilih sebagai salah satu pantai terbaik di Asia oleh pembaca dan pengikut platform pelancongan dalam talian terbesar dunia, TripAdvisor.

TripAdvisor mengeluarkan edisi pantai menerusi ‘Travellers Choice: Best of the best 2021’ yang mana menyaksikan 25 pantai di Asia tersenarai.

Kanak-kanak dilihat riang melakukan aktiviti riadah dan bermandi-manda sempena hari pertama pembukaan semula Pulau Langkawi di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Pantai Chenang berada di tangga ke-23 dibelakang Pantai Sanur, Bali, Indonesia serta dua pantai di Vietnam iaitu An Bang di Hoi An dan My Khe di Da Nang masing-masing di kedudukan ke-24 dan 25.

Menjadi tarikan utama pelancong di Langkawi, Pantai Chenang menawarkan pelbagai aktiviti sukan air selain terdapat pelbagai restoran, kafe dan pusat jualan cenderamata di sepanjang laluan pantai.

Orang ramai yang berkunjung ke Pulau Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan tersebut tidak melepas peluang untuk melakukan aktiviti riadah di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Sementara itu, antara SOP di Langkawi yang ditetapkan apabila pembukaan terhad kepada pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi.

Malah, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi.

Aktiviti gelembung pelancongan yang dibenarkan pula adalah penginapan di hotel dan inap desa termasuk menggunakan fasiliti dalam premis berkenaan seperti surau, kolam renang, gimnasium, dan dewan.

Selain itu, mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE) serta acara pelancongan dan kebudayaan adalah tertakluk kepada SOP am fasa empat dikeluarkan majlis keselamatan negara serta SOP kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, akuarium, zoo dan kegiatan riadah, rekreasi serta sosial lain turut dibenarkan.

Anggota polis melakukan pemantauan SOP terhadap orang ramai yang melakukan aktiviti riadah sempena pembukaan semula pulau peranginan tersebut di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Ini termasuk pembukaan aktiviti eko geo-kembara, premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni dan pementasan persembahan budaya.

Sempena pembukaan semula Langkawi, MOTAC melalui Tourism Malaysia menyediakan pelbagai promosi tiket penerbangan, penginapan dan pakej cuti penjawat awam serta pesara kerajaan.

MOTAC turut menyasarkan sekurang-kurangnya 420,000 pelancong domestik mengunjungi Pulau Langkawi sehingga hujung tahun ini.

Kementerian itu juga menjangkakan sambutan yang memberangsangkan yang menjadikan Pulau Langkawi sebagai projek rintis gelembung pelancongan yang mampu mencapai sekurang-kurangnya 40,000 pengunjung sebulan. – MalaysiaGazette