England muncul naib juara Euro 2020. Foto BBC.

PARIS – England melonjak pada kedudukan ketiga ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekaligus mengatasi seteru terdekatnya Perancis.

The Three Lions membuat penampilan pertama di kedudukan podium dalam tempoh sembilan tahun selepas dua kemenangan dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Perancis yang terikat dengan dua keputusan seri dalam saingan itu berada di kedudukan keempat.

Belgium dan Brazil mengekalkan kedudukan pertama dan kedua manakala juara Eropah, Itali berada di kedudukan kelima manakala juara Copa America, Argentina di kedudukan keenam. – Agensi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast