Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki kereta kabel yang kembali beroperasi hari ini sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Skycab Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

LANGKAWI – Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki kereta kabel di Langkawi Skycab di sini yang kembali beroperasi bermula semalam sempena pembukaan semula pulau peranginan itu yang menjadi projek gelembung pelancongan pertama negara.

Langkawi SkyCab merupakan antara produk pelancongan terkenal di Langkawi sebagai kereta kabel tercuram di dunia dan ditambah nilai tarikan menerusi pengenalan empat Gondola 360 pada tahun lalu.

Pengalaman wartawan MalaysiaGazette yang menaiki gondola menggunakan teknologi dari Switzerland itu memberi pengalaman baharu di pulau legenda yang bertepatan dengan sasaran pengunjung 40,000 sebulan.

Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki kereta kabel yang kembali beroperasi hari ini sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Skycab Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Gondola 360 adalah produk terbaharu dari Panorama Langkawi bagi memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang tingginya 708 meter.

Ia boleh memuatkan empat penumpang dengan muatan 300 kilogram (kg) dan terbuka dengan jejari besi yang sudah tentu mengujakan dan memberi pengalaman menakjubkan kepada pengunjung.

Apabila menaiki Gondola 360, pengunjung dapat merasai udara yang nyaman dan berpeluang melihat keindahan Gunung Machinchang dengan lebih jelas lagi.

Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki kereta kabel yang kembali beroperasi hari ini sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Skycab Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Selain itu, gondola turut dilengkapi lantai kaca bagi pengunjung melihat terus ke bawah seperti merentasi Gunung Machinchang yang merupakan gunung tertua di Asia Tenggara yang berusia 550 juta tahun.

Dari segi keselamatan, penumpang tidak perlu risau kerana gondola itu selamat dan ada beberapa jenis gondola dengan harga yang berbeza iaitu gondola biasa yang mempunyai dua tempat duduk bertentangan dan boleh memuatkan enam orang penumpang dengan berat maksima 480kg.

Gondola Lantai Kaca pula mempunyai lantai kaca telus di mana penumpang dapat melihat pemandangan sekeliling, atas dan bawah dan boleh memuatkan enam orang penumpang.

Bagi Gondola VIP, ia adalah gondola mewah dengan tiga bucket seat untuk penumpang yang inginkan privasi.

Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki kereta kabel yang kembali beroperasi hari ini sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Skycab Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Sementara itu, sepanjang perjalanan selama 15 minit, penumpang dapat melihat pemandangan hutan semula jadi yang menghijau dari udara.

Malah apabila berada di kedudukan semakin tinggi, lautan dan pulau-pulau kecil di perairan Langkawi mula kelihatan.

Penumpang juga dapat menyaksikan pelbagai jenis pokok-pokok apabila ketinggian berbeza serta struktur batuan yang mengagumkan.

Sementara itu, terdapat tiga stesen kereta kabel iaitu Stesen Bawah di mana stesen pertama penumpang mula menaiki gondola diikuti Stesen Tengah iaitu tesen kedua untuk bergambar dan akhir sekalii Stesen Atas yang merupakan stesen terakhir iaitu lokasi utama untuk melihat pemandangan.

Pengunjung meluangkan masa berjalan di Sky Bridge selepas menaiki kereta kabel yang kembali beroperasi hari ini sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Skycab Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Setelah pintu ditutup, gondola bergerak meninggalkan platform perlahan-lahan di mana laluan kereta kabel bahagian bawah agak landai dan tidak terlalu curam.

Jika anda mula terasa gayat, jangan panik. Fokus pandangan di dalam gondola. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus agar berasa tenang.

Tarikan utama di puncak adalah SkyBridge atau jambatan gantung yang merupakan sebuah jambatan berbentuk melengkung. Jambatan itu digantung pada sebuah tiang menara setinggi 82 meter.

Ia merentasi dua puncak dengan ketinggian lebih-kurang 100 meter dari tanah dengan panjang jambatan dari hujung ke hujung ialah 125 meter.

Pengunjung meluangkan masa berjalan di Sky Bridge selepas menaiki kereta kabel yang kembali beroperasi hari ini sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Skycab Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

Hanya 50 orang pengunjung sahaja boleh berada di atas jambatan sepanjang sebagai prosedur operasi standard (SOP) baharu gelembung pelancongan  di Langkawi.

Bagi yang berminat untuk merasa debaran berada diatas jambatan gantung, tiket boleh didapati melalui kaunter tiket SkyBridge di Stesen Atas pada harga dewasa RM10 dan kanak-kanak RM6.

Pengunjung dapat melihat pemandangan menarik, menikmati keindahan hutan semulajadi dan merasai pengalaman rasa berdebar bila jambatan gantung ini berayun. – MalaysiaGazetete