Vladimir Putin. foto Agensi

ANKARA – Presiden Valdimir Putin menggesa Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menanggung kos pembinaan semula Afghanistan, menurut laporan media Rusia.

Putin, yang sedangn menjalani kuarantin kendiri sebagai langkah mencegah Covid-19, menyertai dua sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Pertubuhan Perjanjian Kerselamatan Bersama (CSTO) yang diadakan di Dushanbe, Tajikistan secara maya.

Menyuarakan sokongan terhadap hubungan antara SCO dan Afghanistan, Putin menekankan pertubuhan itu perlu melipat gandakan usaha bagi menghalang ancaman keganasan, pengedaran dadah dan ekstrimis agama yang berasal dari Afghanistan.

Putin juga mahu AS dan NATO, yang beliau dakwa bertanggungjawab terhadap situasi di Afghanistan, menanggung kos pembinaan semula negara yang musnah akibat peperangan.

“Kami menyokong keputusan untuk memulakan proses keanggotaan SCO, yang telah diserahkan untuk kelulusan kepada pemimpin-pemimpin negara Majlis SCO,” tambah beliau seperti dipetik agensi, Anadolu.

Beliau yang melahirkan kebimbangan terhadap keadaan di Lembah Panjshir dan perkembangan terkini di Afghanistan menggesa kerjasama yang lebih erat dijalinkan antara angkatan tentera negara anggota SCO.

Sementara itu, Presiden Kazakhstan, Qasym-Zhomart Toqaev mencadangkan penubuhan hab bantuan antarabangsa untuk Afghanistan di Almaty.

Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoev, yang mana negaranya bersempadan dengan Afghanistan menggesa aset negara itu yang berada di bank negara asing itidak dibekukan bagi memudahkan dialog dengan kerajaan pimpinan Taliban.

Sementara itu, Presiden Kyrgyzstan, Sadyr Japarov  mencadangkan penubuhan sebuah rantaian keselamatan di wilayah tersebut. – Agensi