Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta,
tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat hingga enam tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah dibenarkan beroperasi mulai 17 September lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), bagaimanapun pengoperasian itu tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

Pada ada 15 September lalu, tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda untuk anak-anak yang ibu bapanya bekerja dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan PPN, berkuat kuasa 17 Septmber lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan perkara itu, kebenaran tersebut diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada beberapa sektor.

Tambah KPM, pihaknya mendapati masih terdapat kekeliruan berkaitan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat hingga enam tahun di negeri tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast