MARA Corp Corporation MEIO Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million CBT missing case item Malaysian Indian Transformation Unit MITRA funds Indians MACC logo MP Sabah Hasanah Abdul Hamid remand senior officers Malaysian Anti-Corruption Commission Ahmad Maslan compound punitive action
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang pembantu pegawai sebuah agensi bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa pelik apabila mengeluarkan kenyataan media tentang reman tiga pegawai kanannya selepas tempoh reman tamat.

Malah, kenyataan media itu tidak disertakan dengan gambar tahanan mereka, apatah lagi punca para pegawai  itu ditahan, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Tiga pegawai SPRM itu direman dari 14 hingga 19 September lalu.

”Kalau pesalah lain pasti gambar baju oren bergari akan tersiar,” selar Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Tambah beliau, dalam kenyataan media SPRM itu hanya menyebut reman dibuat atas tuduhan salah guna kuasa tetapi di media sosial mereka didakwa mencuri duit rampasan SPRM.

Sebelum itu, tular di media sosial, tiga pegawai SPRM ditahan kerana mencuri wang yang dirampas dari Datuk Hasanah Abd Hamid bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia pada Ogos 2018.

”Apakah ada cover up. Apatah lagi duit curi sepatutnya PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang siasat bukan siasatan dalaman oleh SPRM.

”Persoalannya apakah SPRM selamat? Pagar SPRM pun boleh bolos bila dua bodyguard Datuk Seri bantu bosnya yang terlibat Macau Scam melarikan diri.

”Banyak perkara perlu dibaiki terhadap institusi keadilan negara. UMNO sendiri kemuka writ saman terhadap PDRM kerana mendakwa RM40.3 juta duit parti yang disita telah hilang,” katanya.

Susulan itu, Puad berkata, ahli-ahli Parlimen wajar menuntut ketelusan SPRM sambil mempersoalkan kenapa reformasi terhadap suruhananjaya itu tidak ada dalam senarai Perjanjian Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan.

Sebelum ini, tular satu isu berkaitan tiga pegawai kanan SPRM direman kerana didakwa mencuri barang kes iaitu wang tunai berkenaan yang merupakan milik Hasanah

Isu berkenaan viral menerusi sebuah blogspot edisisiasatmy yang melaporkan bahawa sekitar Ogos 2018 SPRM menggeledah dan merampas sejumlah wang tunai dolar Amerika Syarikat dari sebuah unit kondominium di Cyberjaya yang disyaki milik Hasanah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada laporan polis diterima berhubung kes curi wang Hasanah

1 Komen

  1. Apakah SPRM boleh dipercayai skrg..mcm² hal dh berlaku harap pihak yg berkenaan siasat perkara ini..jgn pilih kasta bila kena otg awam berpuluh kamera.man ambil gmbr, bila kena btg hidung sndiri pandai lak selindung,, APA SEBENARNYA YANG SPRM SEMBUNYIKAN SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Comments are closed.