KUALA LUMPUR – Tiga lokaliti akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) antara 22 dan 23 September dan dijangka tamat pada 5 dan 6 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, dua lokaliti PKPD yang dikenalpasti di Pahang ialah Kampung Baru Cenderawasih, Pekan pada 23 September hingga 6 Oktober dan Ladang Kilang Sawit RMDC Sdn Bhd di Bukit Koman, Raub pada 22 September hingga 5 Oktober.

Kata beliau, satu lagi lokaliti di Kalabakan Sabah, iaitu Perumahan Ladang Felda Umas 6, Kalabakan turut dikenakan PKPD pada 23 hingga 6 Oktober.

“SOP dan garis panduan kesemua PKPD adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Radzi berkata, PKPD di dua lokaliti di negeri Sabah akan ditamatkan.

“Kawasan yang terlibat ialah Kampung Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau, Sabah yang bermula pada 9 September dan tamat esok 22 September,” ujarnya. – MalaysiaGazette