A Covid-19 body is brought to the Corpse Management One Stop Centre (PUSUM), Kuala Lumpur to be laid to rest. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 26 JULY 2021
A Covid-19 body is brought to the Corpse Management One Stop Centre (PUSUM), Kuala Lumpur to be laid to rest. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 26 JULY 2021. Petugas melakukan kerja-kerja menguruskan jenazah Covid-19 untuk dikebumikan di Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 334 kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat pukul 11.59 malam tadi termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia pada laman sesawang COVIDNOW, jumlah kematian sebenar bagi purata tujuh hari lalu adalah 101 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif angka korban akibat Covid-19 di negara ini adalah 24,078 kes manakala 84 kes kematian di luar hospital (BID) dilaporkan berlaku.

Lembah Klang melaporkan kes kematian tertinggi dengan 205 kes, disusuli Johor (37), Kelantan (20), Sabah (14), Perak (12), Sarawak (10) dan Kedah (8).

Masing-masing tujuh kematian di Pahang dan Pulau Pinang, Negeri Sembilan (5) dan Melaka (3).

Labuan dan Putrajaya serta Perlis pula tidak melaporkan pertambahan kes kematian.

Dalam perkembangan lain, laman sesawang berkenaan turut melaporkan jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 206,473 dengan 10,599 pesakit Covid-19 masih ditempatkan di hospital.

Laman sesawang itu turut berkongsi angka yang menjalani kuarantin di rumah iaitu sebanyak 172,868 atau 83.7 peratus. – MalaysiaGazette