revocation of Emergency Ordinance Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak 1MDB debts KWAN 1Malaysia Development Berhad
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kawalan harga maksimum ke atas ayam adalah kaedah lama yang tidak akan menyelesaikan kenaikan harga ayam.

Sebaliknya, kaedah lapuk itu hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan ayam, kata Datuk Seri Najib Razak.

“…sebab siapa yang nak ternak jika terpaksa menjual pada harga yang lebih rendah berbanding harga pengeluaran?,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Lantaran itu, beliau berharap kementerian kewangan menyelesaikan punca utama kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam iaitu harga dedak yang naik berganda sejak tahun lepas.

”Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh.

”Harap selepas ini, harga ayam akan lebih stabil dan rendah sebab ianya merupakan makanan asas bagi sebahagian besar rakyat pada ketika pendapatan masih terjejas akibat Covid,” ujarnya.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini berkata, kementerian itu akan mencari kaedah terbaik bagi menstabilkan harga ayam di pasaran, termasuk melihat sama ada sistem subsidi kepada penternak perlu dilaksanakan.

Katanya, MOF akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), bagi meneliti secara menyeluruh impak kepada penternak ayam dan pengguna.

“Kerajaan sedar isu harga ayam yang meningkat naik menjadi rungutan masyarakat.

“Apa-apa keputusan yang mahu dilaksana perlu dilihat dari segi impak terhadap penternak selain semua pihak terbabit dalam rantaian industri makanan, dan yang paling penting sekali adalah impak kepada pengguna, itu adalah keutamaan kerajaan,” tambah beliau. – MalaysiaGazette