Pek Pemula YES NUTP dengan kerjasama Yayasan YTL dan YES dilancarkan di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) dengan kerjasama Yayasan YTL membantu menyediakan kemudahan pendidikan dengan mempertingkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran tiada terbatas di rumah dan persekolahan ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL, Wing K Lee berkata, syarikat telekomunikasi terkemuka itu itu mengambil inisiatif melancarkan Learn-From-Home yang direka khas untuk menjamin proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah secara berterusan sepanjang tempoh wabak itu.

Jelasnya, kemudahan yang disediakan YTL itu dengan menyediakan telefon pintar yang membolehkan murid-murid dan pelajar sekolah untuk terus berhubung dengan guru dan sekolah masing-masing di samping memberi akses kandungan pembelajaran Learn-From-Home Yayasan YTL.

Menurutnya, ia merangkumi empat sesi pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dari Tahun Satu ke Tingkatan Lima dan 13,000 kuiz serta latihan ulang kaji bagi semua subjek teras di aplikasi FrogPlay milik FrogAsia.

“Menerusi subsidi Jaringan PRIHATIN pula, pelan itu membekalkan pelanggan dengan telefon pintar, data dan akses kandungan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma bagi tempoh setahun tanpa sebarang deposit, kontrak atau bayaran dikenakan.

“Pelan itu dibangunkan mengikut piawaian silibus pendidikan Malaysia yang juga akses kepada kuiz ulang kaji bagi semua subjek teras yang didapati di aplikasi FrogPlay oleh FrogAsia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Learn-From-Home yang direka khas untuk menjamin proses pembelajaran kanak-kanak di bangku sekolah secara berterusan ketika pandemik.

K Lee menambah, semua 1,272 sesi pembelajaran Learn-From-Home YTL boleh di dapati di laman rasmi Yayasan YTL dan aplikasi FrogPlay yang menampilkan lebih 13,000 kuiz, sekaligus menjadikan proses pembelajaran dan ulangkaji lebih mudah diakses semua pelajar yang memiliki telefon pintar.

Beliau percaya sebagai penyedia rangkaian internet iaitu YES, pihaknya yakin pendidikan adalah kunci yang boleh membuka jalan kepada pelbagai kemungkinandi mana program Learn-From-Home kemudian diperluas kepada mahasiswa di lebih 30 universiti dan institusi pendidikan tinggi, selain 230,000 ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP).

Ketika ini, Yayasan YTL dan YES telah mengagihkan lebih 20 juta GB data 4G, 450,00 kad SIM dan 100,000 telefon pintar 4G secara percuma kepada pelajar, keluarga dan guru yang memerlukan bagi membantu negara membentuk ekosistem pengajaran dan pembelajaran digital yang efektif dan bersemangat era Covid-19.

Terdapat dua pelan peranti YES PRIHATIN untuk rakyat B40: YES PRIHATIN Learn-From-Home Keluarga dan YES PRIHATIN Learn-From-Home Individu.

“Dengan menghapuskan sebarang bentuk halangan dalam pendidikan dan menjadikan pembelajaran atas talian lebih mudah didapati oleh semua, YES memberi setiap pelajar peluang untuk berjaya dan mencipta pencapaian pelajar dengan lebih baik.

“Inisiatif YES PRIHATIN akan memberikan impak kepada kehidupan kanak-kanak dan keluarga B40, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara dalam jangka masa panjang,” katanya.

Pelan YES PRIHATIN boleh didapati di https://www.yes.my/kasiupB40 atau menerusi aplikasi MyYes.

Bermula 7 April 2020, YTL mengambil langkah awal dan memainkan peranan besar apabila menawarkan telefon pintar percuma kepada murid dan pelajar sekolah kerajaan daripada keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.

Inisiatif belajar daripada rumah itu sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang diberikan kepada pelajar sekolah terpilih.

Setiap telefon pintar dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data 120 GB bagi tempoh setahun. – MalaysiaGazette