Foto Facebook Sri Pahang FC.

KUALA LUMPUR – Kelab Sri Pahang FC mula mengorak langkah ke hadapan apabila sedang mempertimbangkan cadangan untuk membina sebuah pusat latihannya sendiri di Kuantan.

Perkembangan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Sufian Awang melalui laman Facebook rasmi Sri Pahang .

Menurut beliau, pembinaan pusat latihan ini sebagai salah satu insentif bagi menyuntik nafas baharu seiring usaha meningkatkan lagi kualiti dan prestasi pasukan terutamanya barisan pemain.

“Beberapa lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak pusat latihan itu telah dikenalpasti dan kini sedang dalam perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan,” kata kenyataan itu.
Pembinaannya sudah lama dirancang namun perkembangan lanjut mengenainya akan dimaklumkan kepada para penyokong setia Tok Gajah selepas segalanya telah dimuktamadkan.

Sebelum ini, Sri Pahang dikritik hebat oleh bekas jurulatih baharu dari Amerika Syarikat, Thomas Dooley beberapa bulan lalu.

Ketika ini, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kemudahan latihan berkelas dunia dan mempunyai pusat perubatan sendiri. Mereka turut menambah peralatan baharu dan kepakaran untuk memastikan setiap pemain skuad Harimau Selatan berada pada tahap optimum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast