heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini terdiri daripada tujuh kluster tempat kerja dan dan lapan kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 341 kes Covid-19 dikesan, masing-masing 240 kes dari kluster tempat kerja dan 101 dari kluster komuniti.

“Antara tujuh kluster tempat kerja yang dikesan hari ini ialah Ladang Chiku Satu, Gua Musang, Kelantan; Batu 46 Tulid, Keningau, Sabah; Shan Pengerang, Kota Tinggi, Johor dan Jalan Er Luan, Muar, Johor.

“Dua lagi kluster tempat kerja di Selangor pula melibatkan Industri Batu 29 Ijok, Kuala Selangor; Industri Jalan Semenyih Batu 19, Hulu Langat, Petaling serta Industri Jalan 1/9C, Hulu Langat, Kuala Langat, Gombak, Sepang, Petaling.

“Bagi tujuh kluster komuniti pula ialah lima dari Kelantan, membabitkan Kampung Bunga Mas, Kampung Sireh dan Kampung Binjai Mulong, Kota Bharu, Kelantan serta Kampung Bechah Semak Hilir, Jalan Gertak Ular Repek dan Kampung Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan.

“Manakala dua lagi kluster komuniti yang dikesan hari ini melibatkan Kampung Telimau Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang serta Batu 8 Tanjung, Kinta, Perak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga berkata, setakat ini jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan KKM sebanyak 5,369 kluster setakat ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 4,101 kluster telah ditamatkan, manakala 1,268 kluster lagi masih aktif,” katanya lagi. – MalaysiaGazette