Mohamad Noor Yusuf Ali bersama barisan pengamal media

KUANTAN – Seramai 20 pengamal media di Pahang diraikan bersama anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dalam Majlis Amanat dan Penghargaan Ketua Polis Daerah Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, majlis tersebut diadakan bagi meraikan pengamal media yang sentiasa menjadi suara kepada masyarakat dalam meyampaikan maklumat kepada komuniti.

Majlis ringkas yang diadakan di Dewan utama Sri Manja, Kuantan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada hari ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak.

“Ia juga sebagai menghargai pengamal media di negeri ini dengan menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua bahagian, ketua cawangan, pegawai awam dan pengamal media.

“Kerjasama dan respon keprihatinan masyarakat memudahkan maklumat disampai secara terus terutamanya dalam mendepani musim pandemik Covid-19,” kata ketika ditemui media.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kuantan, Superintendan Mohamed Rizal Kamarudin dan Pengerusi Persatuan PERKEP, Ruzaya Mohd Noor.

Jelasnya, peranan media sebagai jambatan perhubungan dan masyarakat dengan menyampaikan maklumat sehingga peringkat pedalaman.

Sepanjang perhidmatannya sejak 4 Januari 2018, beliau berkhidmat di IPD Kuantan dengan memimpin seramai 1,278 anggota.

Mohamad Noor akan menyerahkan tugas pada 28 September ini dan menerima kenaikan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman bermula 1 Oktober depan.

Katanya, beliau menjadikan pengalaman bersama media bagi melakasankan tugas dan jawatan di tempat baharu.

“Terima atas kerjasama media dimajukan pangkat dalam kerjaya dan teruskan bekerjasama dengan pihak polis bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat. – MalaysiaGazette