Lapangan Terbang Antarabangsa Houari Boumediene, Algiers, Algeria. foto: Facebook

ALGIERS – Majlis Keselamatan Agung Algeria menutup ruang udara negara itu kepada semua pesawat awam dan tentera Maghribi, kurang sebulan selepas negara tersebut memutuskan hubungan diplomatik dengan Rabat.

Keputusan tersebut diambil ‘berikutan provokasi berterusan dan amalan tidak mesra Morocco’, kata majlis tersebut seperti dipetik Mena.

Penutupan itu membabitkan semua pesawat yang mempunyai nombor pendaftaran Maghribi, ujarnya

Para pegawai Maghribi tidak mengulas mengenai tindakan tersebut.

Seorang sumber Royal Air Morac memberitahu, penutupan tersebut hanya memberi kesan kepada 15 penerbangan seminggu yang menghubungkan Maghribi dengan Tunisia, Turki dan Mesir.

Sumber yang menyifatkan penutupan tersebut tidak signifikan berkata, penerbangan boleh dilencongkan ke Mediterranean.

Pada bulan lalu, Algeria mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Maghribi dengan mendakwa ‘tindakan tidak mesra’ daripada negara berkenaan yang merujuk kepada kenyataan envoi Maghribi di New York mengenai penentuan nasib sendiri untuk wilayah Kabylie.

Algiers menuduh Rabat menyokong kumpulan puak pemisah Pergerakan Pembebasan Kabylie (Kabylie Independence Movement – MAK) yang mana kerajaan negara itu mengisytiharnya sebagai pertubuhan pengganas.

Maghribi berkata, dakwaan Algeria ‘salah malah tidak masuk akal’.

Sempadan antara Maghribi dan Algeria ditutup sejak 1994 dan Algeria memberi gambaran ia akan mengalihkan eksport gas daripada paip yang merentasi Maghribi, yang mana sepatutnya diperbaharui pada tahun ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast