Barang rampasan kes yang digunakan kes yang digunakan oleh suspek dalam sindiket penipuan tawaran kerja pembelian online e-commerce di Bentong, Pahang.

BENTONG – Seramai empat lelaki  tempatan ditangkap berkaitan kes penipuan tawaran kerja pembelian online e-commerce di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, semalam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas empat lelaki

“Semua suspek berusia  lingkungan 20 tahun hingga 29 tahun di sebuah apartment yang terletak di bawah pentabdiran IPD Bentong terlibat dengan sindiket penipuan beroperasi sejak awal bulan September.

Jelasnya, modus operandi suspek adalah menawarkan peluang pekerjaan sampingan easy money kepada orang awam untuk menjadi ejen pembelian dalam talian pelbagai online shopping hub.

Suspek mengunakan laman sesawang facebook untuk mengiklankan tawaran kerja bagi menarik perhatian orang awam.

“Kemudian mangsa yang tertarik dengan tawaran kerja akan menghubungi suspek melalui nombor telefon aplikasi Whatsapp yang disediakan oleh suspek dalam ruangan iklan.

“Suspek juga akan memperdayakan mangsa dengan menjanjikan bayaran yang dibuat oleh mangsa akan dipulangkan balik bersama komisen pembelian bergantung kepada jumlah bayaran mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, setelah mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun diberikan, suspek akan menyekat akaun media sosial mangsa daripada menghubungi suspek semula.

Menurut Zaiham, kesemua yang ditangkap mendapat reman selama 2 hari bermula pada 23 September.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda.

Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – MalaysiaGazette