Nur Sajat . foto AFFAN FAUZI, 24 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai tidak membuat spekulasi dan provokasi yang boleh menganggu siasatan melibatkan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, orang ramai juga diminta tidak berkongsi maklumat salah berkaitan dengannya yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni.

PDRM, katanya, dalam proses permohonan membawa balik Muhammad Sjjad atau dikenali Nur Sajat yang ditahan di Thailand pada 8 September lalu.

“Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan malam ini.- MalaysiaGazette