TRENTON (Kanada) – Seramai 17 ahli politik berketurunan India dipilih dalam pilihan raya Kanada, 16 terdiri daripada masyarakat Punjabi sekali gus membuktikan populariti mereka dalam kalangan pengundi, lapor Agensi Anadolu memetik media India pada Rabu.

Jagmeet Singh, dipilih semula untuk mewakili provinsi British Columbia dan mengekalkan jawatannya sebagai pemimpin Parti Demokratik Baharu (NDP).

NDP menduduki tempat keempat, dengan 25 menjadi Ahli Parlimen (MP) dan menganggotai Dewan Rakyat manakala Parti Liberal mempunyai 158 kerusi diketuai Perdana Menteri Justin Trudeau dan Parti Konservatif dengan 119 kerusi.

Blok Quebecois memperoleh 34 kerusi, tetapi hanya mencalonkan wakil di Quebec kerana mahu mewakili kepentingan di provinsi penutur bahasa Perancis itu.

Ahli Parlimen Indo-Kanada merangkumi daripada pelbagai pihak, termasuk 14 Liberal, dua Konservatif dan Singh.

Tiga menteri Kabinet Liberal yang kembali dilantik menerajui kementerian ialah Harjit Sajjan, Bardish Chagger dan Anita Anand, lapor India Tribune.

Selain itu tiga lagi wanita Punjabi yang turut dipilih semula ialah Anju Dhillon, Ruby Sahota dan Sonia Sidhu.

Daripada ahli politik Punjabi, 14 dipilih semula, dua lagi iaitu George Chahal dan Iqwinder Singh adalah muka baharu.  – Bernama