Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)

KUALA LUMPUR – Bekalan air di enam kawasan yang terjejas berikutan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 di Shah Alam mula disalur secara berperingkat pada pukul 6.15 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, bekalan dijangka pulih sepenuhnya pukul 12 tengahari ini.

Enam kawasan terjejas meliputi Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25.

“Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, siap dilaksanakan pukul 6 pagi. Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya

Air Selangor juga menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

Pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di pusat bantuan melalui laman sesawang www.airselangor.com. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast