Foto Instagram Caprice.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Caprice dan pelakon popular Sharnaaz Ahmad kini kembali berdamai selepas persengketaan yang pernah berlaku antara mereka sebelum ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Caprice, dia menunjukkan sedang melepak minum bersama Sharnaaz.

Walaupun tidak menyatakan sebarang butiran tentang pertemuan tersebut, namun video yang ditunjukkan kelihatan kedua-duanya kelihatan mesra.

Sebelum ini, persengketaan Caprice dan Sharnaaz timbul apabila kedua-duanya saling berbalas posting di Insta Story setelah isu saling mempersenda antara satu sama lain.

Namun enggan memanjangkan isu lagi, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui gurauannya terhadap Caprice adalah keterlaluan.

Mahu menyelesaikan masalah antara mereka secara peribadi, Sharnaaz turut memohon maaf secara terbuka kepada Caprice. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast