civil servants antivaxxer antivaxxers Healthcare worker injecting the AstraZeneca Covid-19 vaccine on a civilian during the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 SEPTEMBER 2021.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 82.5 peratus atau 19,311,563 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menerusi perkongsian di portal CovidNow hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, sebanyak 93.6 peratus atau 21,903,061 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Selain itu, seramai 25,326 atau 0.8 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 273,373 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 116,881 dos pertama dan 156,492 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 41,847,256 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – MalaysiaGazette