Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech kepada pelajar sekolah dalam program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Management and Science University (MSU), Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mencatatkan penurunan jangkitan harian Covid-19 apabila hari ini merekodkan sebanyak 13,104 kes berbanding semalam 13,889.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,198,235 kes ketika ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, negeri Sarawak masih lagi menunjukkan angka tertinggi dengan 2,943 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 199,089 kes.

Angka itu juga telah meningkat berbanding semalam yang mencatatkan sebanyak 2,712 kes.

Manakala Selangor pula mencatatkan kes sebanyak 1,558 kes hari ini dengan jumlah keseluruhan pula sebanyak 672,150 seterusnya menjadi negeri kedua tertinggi.

Bagaimanapun jika dibandingkan semalam, Selangor telah mencatatkan penurunan dengan kes semalam yang direkodkan sebanyak 2,341.

Berikut adalah pecahan mengikut negeri dan kumulatifnya yang telah dikongsikan oleh Noor Hisham sebentar tadi;

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,558 (672,150)

Sarawak – 2,943 (199,089)

Sabah – 1,078 (194,264)

Johor – 1,455 (190,770)

WPKL – 270 (185,102)

Kedah – 721 (131,671)

Pulau Pinang – 955 (126,895)

Kelantan – 1,206 (110,880)

Perak – 994 (98,954)

Negeri Sembilan – 165 (96,744)

Pahang – 604 (61,941)

Melaka – 362 (57,127)

Terengganu – 685 (52,987)

WP Labuan – 4 (9,954)

WP Putrajaya – 24 (6,061)

Perlis – 80 (3,646) – MalaysiaGazette