Datuk Aznil Nawawi

KUALA LUMPUR – Pelbagai inisiatif dilakukan bagi menangani penularan Covid-19 secara menyeluruh termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan jangkitan di kalangan semua individu termasuk kanak-kanak.

Ia termasuk kesedaran menjaga kesihatan paru-paru dan sistem imun yang baik dan  diambil berat bagi melindungi diri seterusnya mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih teruk.

Tidak ketinggalan, Eskayvie Sdn, Bhd. iaitu sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang melancarkan kempen Kita Ikhtiar dalam usaha membiasakan norma baharu dalam penjagaan kesihatan paru-paru.

Dutanya yang juga selebriti, Datuk Aznil Nawawi giat mempromosikan kempen dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.

Pengacara popularitu berkata, sejak awal tahun ini, syarikat itu giat melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) apabila kini memperkenalkan produk suplemen empat dalam  satu dipanggil Eskayvie Diffenz.

“Produk itu dihasilkan melalui kajian sains terkini dan formulasi terperinci oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri yang merupakan graduan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dalam bidang perubatan.

“Beliau yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie optimis dengan khasiat produk berkenaan kerana kandungannya yang digunakan adalah Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus dan diiktiraf sebagai harta karun negara kerana ia sangat bernilai dan amat sukar didapati,” katanya.

Sementara itu, Syid Ayob berkata, kajian terhadap kebaikan dan manfaat Cendawan Susu Harimau yang hampir pupus ini mula giat dijalankan pada tahun 2002. Ia bukan sahaja membantu menyokong kesihatan paru-paru malah turut mengandungi manfaat lain.

“Termasuk menguatkan sistem pertahanan badan, kaya dengan antioksidan dan membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

“Malah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang doktor perubatan turut memanfaatkan nutrisi daripada cendawan berkenaan yang  membantu mengatasi masalah batuk yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Syid Ayob menambah, produk tablet berperisa blackcurrant itu turut dihasilkan dengan gabungan bahan utama lain buah Camu-camu, vitamin C dan vitamin D.

Jelas beliau, ia  sangat mudah diambil dan menerima sambutan sangat menggalakkan daripada  pengguna.

“Rasanya yang masam manis dan enak amat disukai golongan dewasa dan kanak-kanak daripada usia seawal lima tahun.

“Lebih 500,000 unit telah terjual dan ramai  mendapat manfaat serta khasiat terbaik sepanjang mengamalkan produk ini terutamanya bagi mereka yang ingin meningkatkan penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun badan,” katanya.

Sementara itu, produk keluaran Eskayvie diiktiraf halal oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selain mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Pernah menerima Anugerah Superbrand, syarkat itu percaya Eskayvie Diffenz akan menjadi produk pilihan rakyat Malaysia yang menyokong matlamat penjagaan kesihatan masa kini. – MalaysiaGazette