passport Singapore Nooryana Najwa Najib Razak new cabinet Ismail Sabri Yaakob
Najib Razak

KUALA LUMPUR – “Aduh,” keluh Datuk Seri Najib Razak yang dipersalahkan oleh warga maya kerana had pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih belum dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000.

Kata beliau, dia bukan perdana menteri atau menteri kewangan.

Meskipun begitu, bekas perdana menteri itu berkata, beliau tidak pernah lupa untuk mengetengahkan isu tersebut kerana dia paling awal menyarankan skim i-Lestari.

”Yang tuntut sehingga dapat i-Sinar walaupun diberitahu PM8 dengan MP lain bahawa ianya sukar dan seumpama syarat Gunung Ledang, saya.

”Yang bantah syarat-syarat terlalu ketat i-Sinar pada awalnya sehingga ianya dilonggarkan, saya.

”Yang diserang dan dimaki jentera kerajaan PN termasuk JKOM sebab saya tuntutkan i-Sinar masa itu, saya. Yang perjuangkan i-Citra ketika bermulanya PKP 3.0, saya.

”Tapi saya juga yang disalahkan sebab had pengeluaran i-Citra belum dinaikkan dari RM5k ke RM10k walaupun saya bukan Menteri Kewangan ataupun PM? 😅,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Najib berkata, beliau akan berbahas pada persidangan Dewan Rakyat petang ini dan isu had pengeluaran i-Citra tidak akan dilupakan.

Tetapi petang ini, fokusnya akan lebih kepada mencari jalan dengan memberi cadangan-cadangan untuk kerajaan memulihkan simpanan-simpanan rakyat dalam KWSP serta cara-cara kerajaan boleh bantu rakyat membina kekayaan peribadi. – MalaysiaGazette