Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Kamaruddin Ibrahim

ROMPIN – Industri pelancongan Pahang sudah melakukan persiapan untuk menerima pelancong dari luar, kata Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Katanya, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara memutuskan keputusan membuka semula industri pelancongan negeri itu akan dilakukan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

“Penangguhan tersebut mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu lagi bagi melihat dan memastikan kadar vaksinan seluluruh penduduk Malaysia mencapai 90 peratus,” katanya.

Kamaruddin berkata demikian ketika ditemui di Jeti Tanjung Gading atau juga dikenali Jeti tanjong Gemuk, Rompin ketika tinjauan ujian kendiri di foyer pintu masuk jeti berkenaan.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati seramai 130 pelancong domestik menaiki feri ke Pulau Tioman perlu melalui ujian calitan berikutan syarat tambahan seperti yang dilaksanakan untuk ke Pulau Langkawi.

Pahang merupakan antara negeri yang sudah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mana penduduknya dibenarkan mengunjungi destinasi pelancongan di negeri itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast