case item The Attorney-General’s Chamber (AGC) in Putrajaya. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 04 NOVEMBER 2020. Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million case item MACC MEIO
Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara mengesahkan kertas siasatan kes kehilangan wang berjumlah AS$6.94 juta telah diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam.

Dalam kenyataan ringkasnya, ia berkata, bahagian ini akan mengkaji dengan teliti dan menyeluruh sebelum sebarang keputusan sama ada untuk membuat pertuduhan atau mengeluarkan arahan siasatan lanjut.

Terdahulu, tular laporan di sebuah blog mendakwa tiga pegawai kanan SPRM ditahan bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai AS$6 juta milik seorang individu yang disiasat badan itu.

Wang tunai tersebut didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Individu terbabit dikatakan sudah dilepas tanpa bebas oleh mahkamah dan mahu menuntut semula wang tunai yang dirampas, namun mendakwa hanya tinggal sebahagian dengan selebihnya adalah wang palsu.

SPRM kemudian mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

Menurut kenyataan pada Isnin, ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September 2021. – MalaysiaGazette