Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17,725 kes sembuh jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 2,054,824 kes.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih tinggi iaitu 924 kes.

Manakala sebanyak 512 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 15 kluster yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Katanya, sembilan daripadanya merupakan jangkitan di tempat kerja, lima dalam komuniti dan satu kluster dalam kalangan golongan berisiko tinggi.

Tambah beliau, sehingga hari ini sebanyak 4,389 kluster telah tamat, manakala 1,088 kluster masih aktif. – MalaysiaGazette