Sebanyak 7,348 kes sembuh dicatatkan jika dibandingkan dengan 4,543 kes baharu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,735 kes positif Covid-19 yang direkodkan hari ini dan jumlah terkini menjadikan kes kumulatif setakat hari ini adalah 2,245,695.

Menurut Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak masih menjadi negeri tertinggi yang mencatatkan kes positif harian iaitu 2,487 diikuti Selangor 1,940 manakala Johor pula 1,241.

Selain itu,  Kelantan (1,232), Kedah  (1,033), Sabah (993) dan Perak (913).

“Pulau Pinang (763), Terengganu (726), Pahang (697),  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (258), Melaka (194), Negeri Sembilan (132), Perlis (97), Putrajaya (28) manakala Wilayah Persekutuan Labuan satu kes sahaja,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast