Drama popular dari Korea Selatan, Squid Game

SEOUL – Drama Korea, Squid Game berada di landasan tepat untuk menjadi kandungan paling popular di Netflix ketika ini.

Bagaimanapun drama siri mengandungi sembilan episod itu dijangka tidak akan disambung lagi selepas ini.

Menurut penulis dan pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk, beliau tidak bersedia daripada segi mental untuk mencipta sekuel bagi drama berkenaan.

Hwang yang terkenal sebagai pengarah bagi filem-filem hebat seperti My Father (2007) dan Silenced (2011) berkata, beliau mengambil masa enam bulan untuk menulis dan menulis semula dua episod pertama Squid Game.

Katanya dalam satu temubual dengan majalah Variety, beliau tidak mempunyai perancangan kukuh untuk Squid Game 2.

“Memikirkan tentangnya sahaja, sudah cukup memenatkan.

“Tetapi sekiranya saya mahu melakukannya, pastinya saya tidak akan melakukannya seorang diri. Saya akan mempertimbangkan untuk menggunakan ruang penulis dan beberapa pengarah berpengalaman untuk menjayakannya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos berkata, Squid Game mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi kandungan paling popular yang dimiliki oleh platform penstriman atas talian itu.

Pada ketika ini, Squid Game adalah kandungan bukan berbahasa Inggeris paling popular di dunia mengalahkan siri aksi jenayah Sepanyol, Money Heist dan siri dari Perancis, Lupin. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast