Kajang District Police Chief ACP Mohd Zaid Hassan. Kajang prison inmate Covid-19 positive flee hospital
ACP Mohd Zaid Hassan.

KUALA LUMPUR – Enam lelaki warga asing termasuk suspek utama yang ditahan disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang wanita warga Indonesia  kini direman sehingga 5 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya mendapatkan reman di Mahkamah Majistret Kajang ke atas keenam-enam suspek berusia 40-an itu yang ditangkap pada Rabu lalu di sekitar Bangi.

“Hasil siasatan lanjut polis dalam kes ini, tiga daripada suspek adalah warga Myanmar, dua warga Pakistan dan seorang warga tempatan disyaki terlibat dalam pembunuhan mangsa di kedai makan itu.

“Dari tangkapan ini terdapat beberapa barang kes telah berjaya dirampas daripada suspek yang ditangkap iaitu telefon bimbit dan dokumen peribadi milik si mati, barang kemas, wang tunai berjumlah RM2,400, dan pakaian milik suspek yang mempunyai kesan darah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Zaid, hasil bedah siasat mayat mangsa yang diperoleh dari hospital mendapati punca kematian adalah disebabkan kelaran benda tajam di hadapan leher, belakang tengkuk dan tepi pipi.

ARTIKEL BERKAITAN: 

“Motif kejadian ini adalah dipercayai cemburu. Kesemua suspek direman untuk melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut pendakwaan.

“Manakala mayat si mati masih belum dituntut oleh ahli keluarganya dan polis sedang mengesan waris mangsa untuk tampil menuntut mayat,” tegasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan hukuman gantung sampai mati.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung dengan kejadian ini diharap dapat tampil membantu pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu ASP Mohd Faizal di talian 011-33319871.

Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan penahanan enam suspek berkenaan dan siasatan awal mendapati cinta tiga segi disyaki menjadi motif pembunuh wanita malang itu.

“Siasatan awal mendapati kita syaki cinta tiga segi menjadi motif wanita itu telah dibunuh suspek bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas suspek,” ujarnya.- MalaysiaGazette