Gambar hiasan. foto Getty Images

TOKYO – Syarikat farmasi Takeda berkata, kesalahan manusia menyebabkan pencemaran logam dikesan dalam vaksin Moderna hingga ia terpaksa ditarik semula.

Pada bulan Ogos, pihak berkuasa Jepun berhenti menggunakan tiga kumpulan vaksin Moderna yang mengandungi 1.63 juta dos, setelah diberitahu mengenai pencemaran.

Moderna bekerjasama dengan Takeda dan syarikat pengeluar Rovi yang mengendalikan kilang yang tercemar untuk menjalankan siasatan.

Dalam laporan terbaharu mendedahkan, masalah ini disebabkan oleh manusia kerana kesilapan dalam meletakkan jurang 1 mm yang diperlukan antara penutup dan penyumbat pada bahagian atas pada botol vaksin.

Sebanyak lima lot vaksin Moderna Covid-19 yang dihasilkan di Rovi antara 27 Jun dan 3 Julai turut disiasat.

Tiga yang pertama dihantar ke Jepun dan kemudian dipanggil semula setelah penemuan zarah, kemudian ditentukan sebagai keluli tahan karat di dalam 39 botol.

Tetapi pemeriksaan lot keempat gagal setelah penemuan partikel pada 2 Julai dan lot kelima juga ditahan oleh Rovi.

Masalah dengan Lot 4 dan 5 dilaporkan kepada Moderna, Takeda dan Kementerian Kesihatan Jepun, tetapi tiga lot pertama dilepaskan untuk digunakan kerana “telah lulus pemeriksaan dan tidak memberi risiko kepada kesihatan’. – Reuters