Pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 22 tahun pada Mei lalu.- Gambar hiasan.

JEMPOL – Polis menahan seorang lelaki dua hari lepas bagi membantu siasatan mencabul anak tirinya di sebuah rumah di sebuah Felda di sini sejak April lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai kerap mencabul remaja perempuan berusia 13 tahun berkenaan ketika berada di rumah dengan kejadian terakhir berlaku pada pertengahan bulan ini.

“Lelaki berkenaan menyuruh mangsa (anak tiri) merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan sesiapa. Bagaimanapun, mangsa membuat laporan polis pada Selasa lepas sebelum lelaki itu ditangkap pada hari sama bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan dan hasil siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan yang mempunyai satu rekod berkaitan dadah mengaku mencabul mangsa.

Katanya lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

— BERNAMA