Imej gudang yang bakal digunakan oleh Ni Hsin Ecologistic Sdn Bhd

KUALA LUMPUR  – Ni Hsin Ecologistics Sdn Bhd, subsidiari milik penuh Ni Hsin Group Berhad (Ni Hsin) memeterai perjanjian pelaburan bagi pengambilalihan 60 peratus kepentingan di dalam syarikat Pride Logistics Alliance Sdn Bhd (PLA).

Ditubuhkan pada 2014, PLA secara prinsipalnya terlibat di dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan barangan.

Perniagaan syarikat merangkumi pengangkutan barangan, penghantaran, pengangkutan dan kenderaan pengangkut, gudang dan perkhidmatan agensi antarabangsa.

Pengarah Urusan Ni Hsin Ecologistics Sdn Bhd, Khoo Chee Kong berkata, pihaknya meneroka ke dalam industri logistik bagi menyokong perniagaan makanan dan minuman syarikatnya di mana pengambilalihan ini melengkapkan ekosistem dengan menggunakan kenderaan elektrik untuk penghantaran.

“PLA memiliki pasukan berpengalaman dengan kepakaran dan pengetahuan di dalam logistik yang kami boleh peroleh manfaat.’’ katanya di sini hari ini.

Ni Hsin juga menyifatkan pengambilalihan tersebut sebagai batu loncatan ke dalam perniagaan logistik, terutama sebagai logistik pihak kelima (5PL), yang mana ia boleh menguruskan semua proses rantaian bekalan bagi pelanggan disokong oleh gudang besar dilengkapi  sistem penyimpanan dan dapatan semula automatik  (ASRS), yang direka untuk menampan, menyimpan dan mengambil produk dan inventori berasaskan permintaan.

Chee Kong berkata, manfaat lain ASRS termasuk penggunaan ruang lantau yang lebih cekap, peningkatan muatan stor, meningkatkan ketepatan pengambilan pesanan dan menambah baik keselamatan produk bagi inventori premium.

“Gudang kami yang dilengkapi ASRS terletak staregik di Lembah Klang dan menepati operasi 5PL serta memenuhi perkhidmatan perniagaan menerusi keseluruhan rantaian nilai dari stor ke perkapalan kepada menguruskan pulangan kepada pelanggan pada kos yang minimum. Pasaran pada masa ini berdepan dengan kekurangan ruang gudang dan sewaan telah meningkat tinggi.’’ ujarnya.

Khoo menambah, disebabkan rantaian pembekalan yang semakin rumit ditambah pertumbuhan e-dagang dan jangkaan lebih tinggi daripada para pelanggan, banyak perniagaan kini melihat untuk menyumber luar pengurusan logistik mereka kepada pihak lain, dan kami berada di kedudukan terbaik untuk meraih peluang ini dengan sokongan PLA dan sumber-sumber gudang mereka.

“Kami percaya perkongsian penyedia 5PL di dalam pasaran logistik global akan meningkat besar di dalam tempoh beberapa tahun ini.’’ katanya. – MalaysiaGazette