Usain Bolt (kiri) mengucap tahniah kepada Sir Alex Ferguson. Foto BT Sport.

LONDON – Legenda atlit pecut Olimpik, Usain Bolt merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas pengurus lagenda United, Sir Alex Ferguson selepas menyaksikan bersama perlawanan United menentang Villarreal di Old Trafford.

Bolt berkata, bintang dunia itu telah membantu menaikkan semula nama kelab dan ia  adalah memoari yang indah.

“Sejak dia kembali, kita dapat lihat semangat dan sokongan padu daripada peminat di Old Trafford. Saya sangat gembira dia telah kembali.

“Saya nampak Sir Alex Ferguson di sudut satu tempat, saya terus dapat bertemu dengannya dan berterima kasih kerana membawa pulang legenda CR7 kita,” kata kepada memetik laporan BT Sport.

Sementara itu, Bolt yang juga bintang pecut Jamaica sempat juga bertemu dengan rakan senegara Ronaldi iaitu Bruno Fernandes selepas perlawanan.

Bruno kelihatan gembira dengan pertemuan tersebut dan mengakui Bolt merupakan seorang lagenda dan peminat setia United.

Sebelum ini, Bolt yang merangkul lapan pingat emas Olimpik merupakan salah seorang peminat tegar United.

Bolt juga telah memberitahu sebelum perlawanan  United akan menang 3-1 di mana dua gol dihasilkan Ronaldi dan satu gol menerusi Jadon Sancho namun tekaan Bolt tidak tepat.

Jaringan minit terakhir Ronaldo membolehkan United kembali bernafas dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas dalam perlawanan pertama kepada Young Boys. – MalaysiaGazette