KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal laporan sebuah portal yang mendakwa varian Mu telah memasuki negara ini.

Sehubungan itu, ia meminta semua pihak tidak menyebarkan berita yang tidak benar bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Varian Mu telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai ‘Variant Of Interest’ (VOI) selepas ia pertama kali dikesan di Colombia pada Januari lalu. – MalaysiaGazette