heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kluster baharu Covid-19 membabitkan kluster tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan komuniti dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menjadikan keseluruhan yang aktif sebanyak 1,044 kluster.

“Kluster tempat kerja yang dilaporkan adalah di Johor dan Kelantan manakala kategori komuniti pula di Sarawak, Kelantan, Terengganu.

Untuk kumpulan berisiko tinggi pula dikenalpasti di Perak dan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah kluster secara keseluruhan ketika ini ialah 5,501  dengan jumlah tamat ialah 4,457.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 15,396 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

“Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,268,499 setakat ini dengan 2,086,111 daripadanya telah sembuh.

“Seramai 888 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 832 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 56 kes masih dalam siasatan.

“Manakala 484 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 354 daripadanya positif Covid-19 dan baki 130 orang disyaki dijangkiti virus itu,” ujarnya.

Dr. Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak 139 kes atau 1.3 peratus adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 10,776 kes atau 98.7 peratus lagi dalam Kategori 1 dan 2.

Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 2,121 dengan jumlah keseluruhan di negeri itu sebanyak 214,158 kes.

Selangor dilaporkan mempunyai 1,386 kes di ikuti Kelantan (1,288), Johor (1,124), Perak (862), Terengganu (818), Sabah (784), Penang (768), Kedah (574), Pahang (504), Melaka (216), Negeri Sembilan (211), Kuala Lumpur (171), Perlis (58), Putrajaya (26) dan Labuan (empat). – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19 catat 10,915 kes positif baharu