Noh Sungrae (enam dari kiri) dan Dr. Zahrina Azian Zohadie (lima dari kiri) bergambar sempena program amal, Posco Global Good Citizenship di Klinik Kesihatan Pulau Indah, Klang, Selangor baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Posco Malaysia Sdn. Bhd. (Posco) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu pihak yang memerlukan baru-baru ini.

Melalui program amal dikenali sebagai Posco Global Good Citizenship, syarikat itu telah menyampaikan peralatan kesihatan dan barang kelengkapan kepada Pusat Kesihatan Pulau Indah, Klang.

Antara barangan yang disumbangkan ialah termometer, mesin tekanan darah, kerusi, meja, pembesar suara mudah alih, projektor dan kabinet.

Noh Sungrae (kanan) dan menyampaikan sumbangan kepada Dr. Zahrina Azian Zohadie semasa program amal, Posco Global Good Citizenship di Klinik Kesihatan Pulau Indah, Klang, Selangor baru-baru ini.

Peralatan tersebut dapat membantu klinik kesihatan itu memberi perkhidmatan lebih berkesan kepada masyarakat setempat.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Posco, Noh Sungrae kepada Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Pulau Indah, Dr. Zahrina Azian Zohadie.

Yang turut hadir Penolong Pengurus Sumber Manusia Posco, Abd. Rahman Omar dan petugas klinik kesihatan tersebut.- MalaysiaGazette