Sebanyak 4,298 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dan jumlah itu berkurangan 598 kes berbanding semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14,454 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini.

Jumlah ini melebihi 5,388 daripada kes positif harian.

Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 835 kes yang dirawat di Unit rawatan Rapi (ICU).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 535 kes dan 180 kes dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu beliau memaklumkan sebanyak enam kluster baharu dikesan hari ini.

Masing-masing sebanyak enam kluster tempat kerja dan komuniti.

Tambahnya, sebanyak 1,008 kluster aktif dan 4,499 yang telah tamat,” ujarnya.

Petang tadi, Kementerian Kesihatan berkata, sebanyak 9,066 kes baharu direkodkan hari ini – pertama kali kes direkodkan di bawah 10,000 sejak jumlah kes harian berada pada paras lima digit pada 13 Julai lalu dengan merekodkan sebanyak 11,079.  -MalaysiaGazette