Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hanya tinggal kira-kira 2.8 peratus sahaja lagi untuk negara mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa.

Data Kementerian Kesihatan pada portal CovidNow menunjukkan, setakat semalam sebanyak 20,418,495 individu atau 87.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini selesai menjalani suntikan vaksin Covid-19

Ia merupakan 94.3 peratus atau 22,070,545 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala, tiga peratus atau 92,949 remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah selesai divaksinasi.

Sejumlah 211,517 dos sudah diberikan semalam dengan 89,695 membabitkan dos pertama manakala 121,822 dos kedua, menjadikan jumlah pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,145,505 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, 109 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan 33 daripada jumlah itu membabitkan kematian dilaporkan berlaku di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,565 kes. – MalaysiaGazette