Orang ramai beratur panjang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin WTCKL, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 29 MEI 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Lembah Klang akan ditutup mulai esok.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, individu yang terlepas pemberian vaksin dos kedua AstraZeneca bakal dijadualkan semula menerusi aplikasi MySejahtera dalam masa yang terdekat.

Katanya, PPV AstraZeneca terbabit adalah di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

“Penerima vaksin AstraZeneca di Lembah Klang yang terlepas janji temu dos kedua sebelum ini dibenarkan ‘walk-in’ ke PPV sama ketika dos pertama dan perlu diambil sebelum 4 September,” ujarnya.

Pada 24 September lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan sela masa dos kedua vaksin AstraZeneca akan dipendekkan dari sembilan minggu kepada enam minggu bermula 1 Oktober ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast