civil servants antivaxxer antivaxxers Healthcare worker injecting the AstraZeneca Covid-19 vaccine on a civilian during the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 SEPTEMBER 2021.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 87.6 peratus atau 20,513,168 populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi

Dalam pada itu, seramai 108,826 orang remaja atau 3.5 peratus yang direkodkan turut lengkap menerima vaksin menjadikan peratusan lengkap vaksinasi bagi kedua-dua kelompok adalah 91.1 peratus setakat ini.

Menerusi laporan portal CovidNow hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, jumlah populasi dewasa sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos pula sebanyak 94.3 peratus bersamaan 22,081,548 juta orang.

Sementara itu, jumlah remaja yang sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin pula 55.7 peratus.

Jumlah populasi negara yang sudah mendapatkan pelalian lengkap masing-masing ialah 63.1 peratus atau 20,621,994 orang menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – MalaysiaGazette