DUN Melaka sehingga hari ini 17 kerajaan, 11 pembangkang.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Satu sidang media yang sepatutnya diadakan pukul 10 pagi tadi oleh Pakatan Harapan (PH) Melaka dibatalkan selepas dua wakil rakyat kerajaan didakwa telah membuat pusingan u.

“Sidang akhbar itu dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi tadi namun difahamkan masih belum bermula kerana dipercayai dua wakil rakyat kerajaan yang mahu menyertai kumpulan itu (PH) difahamkan telah membuat pusingan U.

“PH negeri didakwa telah mempunyai bilangan akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri baharu,” lapor Sinar Harian Online hari ini.

Laporan itu juga mendakwa sidang media itu akan diketuai Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew namun tiada apa-apa perkembangan setakat ini.

Pada Jumaat lalu, keadaan politik kerajaan negeri dipercayai bergolak apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang mendukung kerajaan pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali didakwa bakal melompat ke parti pembangkang.

Difahamkan, Sulaiman juga dikhabarkan akan membuat sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini. – MalaysiaGazette