Dos penggalak diberikan kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan.

KUANTAN – Sebanyak 38.1 peratus atau 138 daripada 362  remaja daripada institusi rumah kebajikan dan pemulihan telah menerima vaksin dos pertama.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Nor Azimi Yunis berkata, jumlah tersebut merupakan pecahan daripada populasi keseluruhan 173,000 remaja di Pahang yang menerima vaksin jenis Pfrizer.

Datuk Nor Azimi Yunus

Manakala seramai 619 ramaja dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) daripada 4,170 orang juga telah menerima dos pertama vaksin, bersamaan 14.8 peratus.

“Hari ini melibatkan 30 orang remaja berusia 12 tahun di bawah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PPDK termasuk remaja yang terlantar menerima vaksin Pfizer.

“Kami mensasarkan remaja di Pahang menerima suntikan seramai mungkin sebelum hujung tahun ini.

“Program outreach bagi mencari mereka supaya tidak tercicir akan diteruskan termasuk golongan rentan dan gelandangan,” ujar Nor Azimi.

Beliau berkata demikan ketika meninjau pemberian vaksin kepada 30 pelajar Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKKTAF) dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Balok, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, golongan remaja dari kalangan masyarakat Orang Asli akan terus didekati bagi menjamin tiada kelompok tercicir daripada menerima vaksin.

“Sebahagian kampung Orang Asli sudah dimasuki, cuma jangkitan semasa ini masih ramai di kalangan Orang Asli, jadi ditangguhkan sementara.

“Ada beberapa kampung yang dikenakan PKPD jadi kami akan masuk semula bagi memberikan vaksin semula menghabiskan saki baki,” katanya

Tambahnya, program outreach akan diteruskan bagi mengesan mereka yang tercicir dan pelajar di bawah institusi akan terus berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – MalaysiaGazette